Akademi Fantasia (musim 5)
Akademi Fantasia (musim 5)

Akademi Fantasia (musim 5)

Akademi Fantasia Musim 5 adalah suatu rancangan realiti televisyen yang diadakan pada tahun 2007. Ujibakat diadakan di 5 buah bandar utama di seluruh Malaysia dan juri-juri memilih 16 daripada mereka yang paling terserlah dan sesuai untuk diambil sebagai calon pelajar Akademi Fantasia. Berbeza dengan tahun-tahun sudah, kali ini Akademi Fantasia diadakan pada bulan Mac hingga Mei berbanding Mei hingga Ogos kerana pihak penerbit tidak mahu rancangan ini bertembung dengan persediaan rakyat Malaysia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.Bagaimanapun, musim kelima ini adalah musim yang terakhir Dato' Aznil Nawawi bertugas sebagai pengacara AF dimana beliau telah menarik diri daripada program ini diatas alasan beliau ingin memberikan peluang kepada orang lain untuk mengacarakan AF. Namun pada musim kesembilan beliau kembali mengalas tugas sebagai pengacara. Juara musim kelima kali ini dimenangi oleh Norsyarmilla Jirin yang berusia 20 tahun yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Kemenangan beliau mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya takhta juara dimenangi oleh kaum wanita. Ini kerana empat musim yang lalu didominasi oleh juara kaum lelaki.